Duit Hampir Hilang Gara-Gara Login Maybank2u Palsu

Duit Hampir Hilang Gara-Gara Login Maybank2u PalsuKalau dulu, nak curi duit orang kena pecah rumah dulu. Tapi sekarang ni pencuri makin bijak. Guna kemudahan internet untuk curi duit orang. Salah satu sebab yang membolehkan pencuri guna kemudahan IT untuk curi duit ialah kerana kelalaian kita jugak yang tak periksa terlebih dahulu 'link' atau laman web yang kita masuk. Bagi mereka yang selalu melakukan transaksi perbankan internet, perlu lebih berhati-hati dengan memastikan laman web bank yang dimasuki itu adalah yang betul, bukan yang palsu.

Dan perkara inilah yang terjadi kepada saudari Fatin Pauzi, dimana hampir kehilangan simpanan dalam Maybank2u apabila tersalah login ke laman Maybank2u yang palsu. Berikut adalah status yang telah ditulis oleh beliau di Facebook.
______________________________________________

Terima kasih Ya Allah, selamatkan atin kali ni.

Kalau tak habis semua duit dalam akaun Maybank atin. Memang tak berbau la Sabun Zumba sampai bila-bila. Tak sempat laaa korang kurus sebelum raya. Memang tukar jadi Sabun Meratap laaa. Tengah mandi meratap semua duit dalam akaun kena sedut.

Korang kena hati-hati jugak taw. Yang tak terer IT, kalau Allah tak lindung, konfem tertipu.

Semalam atin login Maybank2u. Macam biasa, dah masukkan ID dan PASSWORD, dah masuk pun laman utama HOME, tetiba keluar lagi paparan suruh login.

Atin pelik sebab atin dah login kejap tadi. Mujur Allah Maha Penyayang, gerakkan hati nak tengok link.

Beza laman web Maybank2u yang palsu dan sebenar.

SAH! SAH LAMAN WEB TIPU!

Tu diaaaaa! Nasib atin jenis hafal address web asal. M2u, Cimbclicks, Rhb online, BankIslam.biz, semua atin hafal. Tak nak kena camni la. Mujur Allah gerakkan hati.

Kalau laman web asal, penghujungnya personalbanking.do

Dan ia takkan berubah sebab web ni pakai javascript. Tapi tengok pada link laman web tipu, takde (.do). Memang beza dan kelihatan laman web biasa dan tak secure. Tajuk laman web pun Maybank2u Secure.

Kalau m2u asal, Maybank2u.com Malaysia.

Atin pun terperasan ada dua tab google chrome. Maknanya, waktu kita dah login masuk laman utama, dia akan popup keluar 1 lagi laman web palsu untuk login lagi.

Kalau kita tak hati-hati, memang habis la. Sebab biasanya kita login sekali lagi sebab ingat silap password kan? Sebab tu atin tengok takde pulak warning invalid id/password.

CARA NAK KENAL LAMAN WEB MAYBANK2U YANG PALSU



Sebab tu baca elok-elok condition yang Maybank tulis tu. Hanya login akaun dari www.maybank2u.com.my .Selain dari tu, jangan. Kalau ada sambungan url yang merepek, tu bukan original website. Lagi satu, itulah gunanya identification image yang kita set. Kalau tak keluar tu, maksudnya bukan original website.
Duit Hampir Hilang Gara-Gara Login Maybank2u Palsu Duit Hampir Hilang Gara-Gara Login Maybank2u Palsu Reviewed by Nick Nashram on 9:17:00 PTG Rating: 5

7 ulasan:

  1. sebab tu jaja kalau guna online banking mmg akan tgk gmbr tu dulu, kalau tak mmg tak akan proceed.

    BalasPadam
  2. thanks sharing Nick ...

    BalasPadam
  3. Bahayanyaaa... Tak sangka macam ni pun ada, semoga dijauhkan. Apapun memang selalu pastikan gambar & secret word tu betul before log in walaupun tak tau pun function before ni. haha

    BalasPadam
  4. thks bagi kter beringat ---- cemasnya klu tersilap kan

    BalasPadam
  5. bahaya skrg ni, kena hati2 dan tengok details

    BalasPadam
  6. Hmm xreti juga semua ni moga xlah terkena

    BalasPadam
  7. bahayanya, dh la cik timm selalu guna online banking maybank nih..

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.