Resepi Air Soda Herbs Yang Sedap

Resepi Air Soda Herbs Yang Sedap Dan Segar l Dah lama teringin nak buat minuman air soda herbs yang sedap ni. Asyik tertangguh je. Tengok gambarnya dah menggoda selera. Ramai orang cakap resepi soda herbs ni sedap tak terkata. Segelas minum bergelas-gelas ditambah. Esok mula nak cari bahan-bahan la cara nak buat air soda herbs ni. Minum waktu cuaca panas ni konpem hilang haus. Masuk dalam tekak sejuk je rasa. Tak sabar nak buat!

Sesuai dibuat minum petang, berkelah, bbq..gerenti tak puas minum

Tapi ingat, jangan pulak minum air soda herbs ni hari-hari, tak bagus untuk kesihatan. Boleh kencing manis tau! Nak minum boleh, tapi kena la jaga sikit ok. Nanti cubalah buat eh! Resepi dan cara beserta gambar dah disediakan di bawah sebagai rujukan.

CARA NAK BUAT AIR SODA HERBS

Bahan bahan yang diperlukan :
  • 1 botol air bikarbonat aiskrim soda.
  • 1 tin laici atau longan (ambil buahnya sahaja)
  • 6 biji asam boi putih (jumlah terpulang pada cita rasa masing-masing)
  • 2 batang serai diketuk.
  • 1 biji lemon dipotong bulat dan nipis.
  • Daun pudina (terpulang berapa helai)
  • Ais secukupnya.

Cara-cara untuk membuat air soda herbs :
  • Cuci terlebih dahulu semua bahan hingga bersih.
  • Potong lemon bulat-bulat dan nipis nipis.
  • Sediakan bekas atau jug yang sesuai.
  • Letakkan daun pudina secukup rasa.
  • Masukkan lemon yang telah dipotong tadi.
  • Kemudian, masukkan asam boi putih.
  • Diikuti dengan buah laici atau buah longan.
  • Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
  • Letakkan ketulan ais jika suka.
  • Akhir sekali, masukkan serai yang telah diketuk tadi.

Ok, dah siap dan boleh minum :)
Resepi Air Soda Herbs Yang Sedap Resepi Air Soda Herbs Yang Sedap Reviewed by Nick Nashram on 4:25:00 PTG Rating: 5

6 ulasan:

  1. wow.. mcam sedap je.. skali ngan ais plak tu kan..

    BalasPadam
  2. Sedap diminum ketika cuaca panas. Mesti segar je tekak ni.

    BalasPadam
  3. SEdapnya mesti nk keba cuba ni

    BalasPadam
  4. tgk pown dah nampak sedap...teringat pula bulan puasa dekat PARAM...

    BalasPadam
  5. tudiaaa mana tak sedap, macam-macam campoq. ni kalau minum tengah panas terik baru balik penat-penat, baru puas..

    BalasPadam
  6. Fuyooo.. pernah beli dekat pasar igt2 RM 3 geLas besar. hehe. mmg sedapppp.

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.