Koleksi Buku Teks Sekolah Rendah Dan Menengah Versi PDF Percuma

Koleksi Buku Teks Sekolah Rendah Dan Menengah Versi PDF Percuma l Bagi sekolah yang terlibat dengan perlaksanaan "Bring Your Own Device" (BYOD) dimana pelajar dibenarkan membawa apa-apa peranti seperti laptop, netbook, tablet dan sebagainya ke sekolah , rasanya eloklah sekali dimuat turun buku teks versi PDF di dalam peranti tersebut untuk tujuan pembelajaran. Sekaligus dapat mengurangkan bebanan buku yang dipikul di dalam beg untuk ke sekolah setiap hari. 

BUKU TEKS VERSI PDF PERCUMA UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Antara koleksi-koleksi buku teks versi PDF yang boleh dimuat turun secara percuma

Tidak semua subjek dalam buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah boleh didapati melalui versi PDF. Hanya subjek-subjek yang tertentu sahaja yang ada buat masa sekarang dan jika ada penambahan,akan dimaklumkan kemudian. Bagi ibu bapa , digalakkan juga untuk memuat turun buku teks versi PDF ini sebagai panduan pembelajaran di rumah. Dan bagi guru, dengan adanya buku teks seperti ini, memudahkan lagi tugasnya untuk mengajar dengan mengabungkan aspek teknologi dalam pengajaran. Untuk memuat turun, boleh klik disini : Koleksi Buku Teks Sekolah Rendah Dan Menengah Versi PDF Percuma

KOLEKSI DOKUMEN KSSR, TEKNIK MENGAJAR, ALAT BANTU MENGAJAR, MODUL FROG VLE DAN BANYAK LAGI

Senarai-senarai fail dan dokumen yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa

Selain daripada buku teks versi PDF, disini juga ada disediakan beberapa dokumen dan fail yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara dokumen, fail dan bahan-bahan yang boleh didapati disini seperti dokumen KSSR untuk semua subjek, RPT, kertas soalan peperiksaan, koleksi kertas soalan UPSR, buku cerita, bahan bantu mengajar, cara dan teknik mengajar, modul Frog VLE dan banyak lagi. Semuanya boleh dimuat turun secara percuma disini : Senarai Dokumen Dan Fail Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran

Post a Comment

4 Comments

  1. thanks for sharing. I will download the relevant books..

    ReplyDelete
  2. Bagustu cara pembelajaran ikut situasi semasa

    ReplyDelete
  3. Makin mudah zaman sekarang...Semua di hujung jari...

    ReplyDelete
  4. Kalaulah zaman madam dulu macam ni. Oh seronoknya. Harap generasi anak muda harapan negara akan jadi lebih bijak dan kreatif. Sesuai dengan kemudahan yang serba lengkap di hujung jari.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.