Beli Rumah Pertama Bagi Pasangan Yang Bercinta Jarak Jauh

Jangan Ambil Masa Lama Beli Rumah Pertama Bagi Pasangan Yang Bercinta Jarak Jauh l Bagi pasangan yang dah berkahwin, mungkin perancangan untuk membeli rumah pertama tu dah ada, cuma kekangan dari segi jarak antara suami isteri yang membantutkan perancangan itu. Maklumlah, isteri bekerja di utara, suami bekerja di barat..tak pasti nak beli di mana. Rugi kalau macam tu. Mulalah merancang cari sebuah kediaman. Kecil pun tak apa asalkan selesa.

Orang yang bergaji RM3000, dapat beli 3 buah rumah. Kita? Belilah rumah pertama walaupun bergaji kecil

Teringat kata-kata Azizul Azli Ahmad, seorang pakar dalam bidang hartanah...katanya 
"Jika kita masih muda dan kacak, jangan beli tanah untuk buat rumah pertama. Beli saja rumah yang sedia ada, kita tak tahu bila akan ada modal untuk bancuh simen, beli paku dan naik dinding pertama". 

Dan pagi ini terbaca lagi status yang ditulis oleh beliau di Facebook mengenai pasangan yang dah berkahwin tetapi masih belum mempunyai rumah pertama disebabkan percintaan jarak jauh (PJJ). Memang tepat pada masanya tip-tip yang diberikan sebab aku pun tengah mencari rumah pertama jugak sekarang ni. Penat dah tinggal di rumah sewa ni!

Nak Beli Rumah Tapi Duduk Berjauhan, Baca Tips Ini!




1. Jika kita suami isteri lepas kahwin tinggal berjauhan dan berasingan, jangan ambil masa lama untuk beli rumah pertama.

2. Dilema kita, bilalah nak dapat duduk bersama menjadikan kita tak tahu nak beli rumah dimana.

3. Jangan ragu ragu nak tinggal dimana atau rumah pertama dimana, pertimbangkan maklumat ini:

(a) Jangan ambil masa terlalu lama, sebaiknya sebelum 5 tahun mesti ada rumah pertama.

(b) Sebaiknya kediaman dibeli yang dekat dengan kerja isteri.

(c) Tempat kerja siapa yang ada potensi pelaburan hartanah yang baik, dekat dengan kemudahan awam.

(d) Pekerjaan siapa paling stabil dan boleh bertahan lama dan belilah disana.

(e) Jangan beli 'ditengah' antara tempat kerja suami & isteri. Bila dah anak anak sekolah nanti pasti ada barang tertinggal. Jika ada yang dekat sekolah itu lebih mudah.

(f) Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana, jangan yang banyak bilik jika hidup masih berdua.

(g) Utamakan rumah pelaburan dari rumah impian, tangguhkan dulu kemahuan.

(h) Suami sewalah ditempat yang murah, jangan dua dua sewa rumah. Bagi isteri sewa sebuah rumah dah memadai.

Jangan bersedih bila berjauhan dengan pasangan anda, rancang cepat cepat rumah pertama di mana. Makin lama di tunggu makin naik harga rumah sekarang. Dah beli terpulanglah sama ada nak tinggal di situ atau dijadikan sebagai investment dengan menyewa rumah tersebut. 

Post a Comment

4 Comments

  1. xmampu lagi nak bli rumah..huhu

    ReplyDelete
  2. Betul dan setuju...biar kecil dan sederhana tidak mengapa..kerana rumah adalah aset yang sangat berharga..

    ReplyDelete
  3. Nice tips ni, bagus2, tambah2 lebihkan wife. hihihi

    ReplyDelete
  4. susah2 berjauhan baik buat satu rumah lg siap dgn surinya sekali!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.