Jatuh Cinta Dengan Honda Civic Baru 2016-2017 Modified

Jatuh Cinta Dengan Honda Civic 2016-2017 Modified l Kali pertama pandang Honda Civic Baru 2016 atas jalan, terus terpikat. Dilengkapi dengan ciri teknologi terkini dari segi rekaan dalaman serta luaran, brek parkir elektronik, kunci auto pergi dan yang paling wowww ialah dilengkapi dengan unit enjin turbo. Kalau iman aku tak kuat ni, dah lama upgrade kereta yang aku pakai sekarang, Toyota Vios 2012 dengan Honda Civic Baru 2016. Dah beli pastu modify pulak dengan bodykit macam di bawah. Mesti gempak punya. Kena buat istikharah dulu ni samada nak tukar kereta ke tak.

Tambahan pula, Honda Civic Baru 2016 ni ada 2 pilihan enjin iaitu 1.5L Turbo dan 1.8L i-VTEC. Yang buat terasa kereta ni canggih bila mampu menghidupkan enjin tanpa masuk dalam kereta tu. Hanya guna alat kawalan jauh, enjin dan air-con akan dihidupkan. Tapi pastikan jarak tu dalam 40 meter. Jangan risau, pintu kereta masih lagi berkunci walaupun enjin boleh dihidupkan melalui remote control. Kalau yang dah beli Honda Civic Baru 2016 nak nampak lagi cool, korang masuk bodykit Modulo yang ada spoiler belakang.

Berikut adalah gambar Honda Civic 2016 Modified. Mesti meleleh air korang tengok kan.


Honda Civic Baru 2016-2017 Modified













Bagi pasaran Malaysia, Honda Civic baru didatangkan dalam tiga varian berbeza iaitu 1.8S, 1.5 Turbo dan 1.5 Turbo Premium. Harga jualan pula bermula dari RM113,800 hingga RM135,800. Ni baru harga standard, tak campur lagi dengan harga nak modify kereta tu. Nampak mampu tengok je la Honda Civic Modified ni. Tunggu la 10 tahun lagi harga jatuh sikit baru nak beli satu.

Harga Honda Civic 2016 di Malaysia

Harga boleh tahan mereciknya. Buat masa sekarang terpaksa hold dulu la. Beli rumah dulu dan habiskan loan kereta yang ada sekarang ni. Dah habis bayar kereta pertama, baru fikir nak beli kereta kedua. Harap-harap 10 tahun lagi jatuh la harga Honda Civic baru ni..pastu baru nak sambar satu..hehe

Post a Comment

5 Comments

  1. sporty habis...yang kuning tu cun...harga pun cun hehe

    ReplyDelete
  2. WAH HEBATNYA MMG MENGANCAM RUPANYA

    ReplyDelete
  3. honda yg ini memang mengagumkan... sediakan shj ongkos nya:-)

    ReplyDelete
  4. Wow...cantik kereta n harga pon cantik..hihi
    http://katakau2u.blogspot.my

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.