5 Novel Yang Boleh Membuatkan Anda Mengalir Air Mata

5 Novel Yang Boleh Membuatkan Anda Mengalir Air Mata l Dulu masa sekolah menengah aku ni kaki minat novel jugak. Habis novel pinjam kat sekolah, pinjam pulak di public library. Biasanya dua kad pinjaman untuk pinjam dua buku. Kadang-kadang tu terpinjam novel yang sedih, tak pasal-pasal hidung berair dan air mata bergenang bila dah habis baca. Power betul la orang yang tulis novel ni! So, kepada peminat novel online diluar sana, dibawah ni ada disediakan 5 novel yang boleh membuatkan korang bergenang air mata.

NOVEL KENAPA AKU

Novel ini mengisahkan tentang Rina yang menderita setelah ditinggalkan bersama ibu dan abang tirinya. Dalam novel ini juga, ditunjukkan erti kesabaran, ketabahan dan pengorbanan seorang anak demi kebahagiaan keluarganya. Pasti korang bergenang air mata nanti bila membacanya. UNTUK BACA NOVEL DISINI

BERIKAN AKU SECEBIS KEBAHAGIAN

Novel ini mengisahkan penderitaan Dhia Afina yang pada usia mudanya telah dijual oleh bapanya sendiri kepada seorang lelaki kaya untuk menebus hutang yang tidak mampu dibayarnya. Perjalanan hidup Afina yang tragis ini cukup terkesan sehingga membuatkan pembaca bergenang airmata. UNTUK BACA NOVEL DISINI

BUDAK BUSUK

Novel ini berkonsepkan drama kekeluargaan dimana ianya berkisarkan hidup Kamal yang meronta untuk dibenarkan menjalani hidup sebagai kanak-kanak normal dan bersekolah seperti biasa. Namun harapannya itu terbantut apabila ayahnya pula menghalang kemahuannya itu. Segalanya gara-gara abangnya yang ditangkap polis kerana dituduh mencuri maka ayahnya telah menguburkan niat itu kerana malu. Apakah kesudahan kisah hidup dua beradik ini? Dapatkah abangnya membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? UNTUK BACA NOVEL DISINI

HANANI DI HATIKU

Novel ini mengisahkan Hanani, seorang gadis mempunyai saiz badan yang gemuk dan tak berwajah cantik tetapi dalam diam menyimpan perasaan terhadap seorang pelajar lelaki baru. Keperitan dalam menerima hakikat bahawa cintanya hanya sia-sia tidak melenyapkan langsung perasaannya terhadap lelaki itu malah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan lelaki yang dia cintai itu, walaupun nyawanya menjadi galang ganti. Cerita ini mempunyai banyak pengajaran dan tentunya bakal mengalirkan air mata pembaca. 

THORN

Novel yang cukup menyayat hati berkisarkan tentang Baiduri yang keluarganya telah dibunuh satu demi satu oleh seorang yang amat berdendam dengan keluarganya. Dalam usaha untuk menyiasat kebenaran di sebalik setiap kejadian yang menimpanya, Baiduri bertemu dengan Farabi seorang jejaka misteri yang memiliki wajah yang amat seiras dengannya. Perkenalannya dengan Farabi mekar namun segalanya musnah apabila Baiduri mendapat tahu bahawa Farabi mempunyai kaitan dengan pembunuhan ahli keluarganya. UNTUK BACA NOVEL DISINI

Nak baca banyak novel lagi? Boleh pergi ke http://novelpluss.blogspot.my/

Post a Comment

1 Comments

  1. WAH HEBAT SEKALI SINOPSIS NOVEL YG DIREVIEW KAGUM DGN KREATIVITI PENULIS2NYA BERKARYA.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.