5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk

5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk l Pasangan anda merajuk? Dah pujuk tapi masih merajuk? Perempuan dan merajuk berpisah tiada. Perempuan ni memang dah tercipta dengan hati yang sangat halus dan mudah tacing. Alang-alang dah terbaca post ni, apa kata anda cuba 5 tips di bawah ni. Mana tau si dia kembali sejuk.


5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk

1. Minta maaf walaupun secara asasnya anda tak bersalah dalam kes ni. Ini adalah kunci kepada proses seterusnya..

2. Bagi masa untuk si dia cool down. Sekali sekala kena follow up jugak, tanya dia ok atau tak ok. Kalau masih tak ok, cuba cara yang ketiga di bawah.

3. Mesej/Whatsapp pick up line atau kata-kata romantis kepada si dia. Be Creative! Tingkatkan usaha cari pick up line yang tak season lagi. Masih tak ok jugak? Cuba cara yang keempat.

4. Bagi hadiah/surprise walaupun murah seperti coklat ataupun cupcakes. Perempuan yang normal akan sejuk lepas dapat hadiah/surprise dari cinta hati. Apa? Tak menjadi jugak? Cuba cara terakhir ni pulak.
.
5. Jumpa, duduk & bawa bincang. Tengok mata si dia dan terangkan dengan apa yang berlaku. Kemudian, cakap I AM SORRY (Again?..haha)

Nasihat saya kepada wanita diluar sana, jangan ikutkan hati sangat, percayalah kelak memakan diri, anda sendiri yang menyesal. Dalam menjalinkan hubungan, kesilapan itu pasti ada kerana manusia itu tidak sempurna. 

5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk 5 Cara Paling Mudah Untuk Pujuk Si Dia Yang Tengah Merajuk Reviewed by Nick Nashram on 21:14:00 Rating: 5

4 comments:

  1. item #2 paling SETUJU ...

    ReplyDelete
  2. Saling bertolak ansur itu perlu...sabar pula penting..jenaka pula vitaminnya.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha untunglah kalau dapat yang reti pujuk. Ada yang biar sejuk sendiri je, fuh sedih kalau gitu. Hahah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.