Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum Bersalin Di Hospital

Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum Bersalin Di Hospital l Bagi mereka yang hamil untuk kali pertama, dinasihatkan kedua-dua pasangan buat persediaan lebih awal supaya tak kelam kabut nanti masa isteri bersalin. Maklumlah, excited nak sambut kelahiran orang baru, sampai terlupa barang apa yang perlu di bawa ke hospital. Boleh huru hara jadinya. Biasanya, bila kandungan tu dah mencecah 30 minggu ke atas, rasanya barang-barang keperluan untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin dah boleh disediakan.

Kalau boleh biar semua barang-barang tu dah ada dalam beg dan diletakkan di dalam kereta. So, kalau apa-apa hal senang, terus ke hospital je. Kalau ditakdirkan isteri bersalin awal dan barang pun tak sediakan lagi, kelam kabut la jawabnya. Masa ni nak uruskan ibu dan bayi, masa ni ah jugak nak cari barang itu ini.

So, untuk yang first time bergelar ibu dan bapa, mesti korang tertanya barang apa yang perlu dibawa ke hospital nanti kan. Memandangkan orang rumah sekarang ni pun tengah tunggu nak bersalin, so boleh semak senarai di bawah sebagai panduan.

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAYI


Antara barang-barang lain yang perlu disediakan :

1) Baju baby newborn 3-4 helai - 2 helai baju lengan pendek untuk siang dan 2 helai baju lengan panjang atau sleepsuit untuk malam. Boleh ja bawa lebih just in-case baju terkotor atau kena duduk lama kat hospital.
2) Wet tissue secukupnya - penting ni untuk cuci kencing dan berak baby nanti.
3) Bedung baby 2-3 helai.
4) Barut baby.
5) Sapu tangan baby 2-3 helai - untuk lap mulut baby kalau termuntah susu.
6) Set baby powder, oil & lotion
7) Pam susu - untuk yang mungkin mengalami susu badan yang susah keluar masa first time menyusu baby, boleh la guna pam ini untuk rangsang pengeluaran susu. 

SENARAI BARANG KEPERLUAN IBU


Antara barang-barang lain yang perlu disediakan :

1) Dokumen penting - kad pengenalan dan buku rekod kehamilan.
2) Selipar toilet
3) Kain batik
4) Minyak panas/urut - untuk elak angin masuk badan.
5) Tudung sarung 2-3 helai 
6) Nipple cream
7) Handphone & charger
8) Termos air panas
9) Botol air kosong/masak
10) Milo 3 in 1 dalam 4-5 sachet.
11) Biskut
12) Mug/cawan bersama sudu kecil untuk bancuh air.


SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA OLEH BAPA


Sekurang-kurangnya dengan adanya senarai di atas ni, bila kandungan tu dah masuk 7 bulan dah boleh sediakan kelengkapan bayi. Untuk elakkan barang isteri dan anak bercampur, sediakan 2 bag yang mengandungi semua barang keperluan isteri dan bayi yang akan dibawa ke hospital bila sampai masa nak bersalin nanti.
Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum Bersalin Di Hospital Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum Bersalin Di Hospital Reviewed by Nick Nashram on 09:41:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih perkongsian..panduan untuk PC pada masa akan datang..moga urusan Cikgu dan isteri dipermudahkan menanti kelahiran cahayamata..

    ReplyDelete
  2. Bila dah tahu hdk bersalin di hospital semua keperluan perlu disiapkn secukuonya siap disedia dlm beg...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.