Cara Mudah Scan Dokumen Dengan Smartphone

Cara Mudah Scan Dokumen Dengan Smartphone l Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar serta penjawat awam dan swasta ialah perlukan penggunaan scanner untuk scan sebarang document, kertas kerja, assigment, fail dan sebagainya. Kadang-kadang masa kita perlukan scanner untuk scan dokumen, masa itulah scanner buat hal. Bila ramai orang guna, terpaksa pulak menunggu giliran yang mana mengambil masa yang agak lama.

Biasanya di kedai-kedai yang menyediakan service printing/scanning, caj perkhidmatan scan adalah antara 10 sen - RM1. Ada juga yang free je, tapi kebanyakannya banyak cyber cafe mengenakan caj RM1 untuk urusan scanning dan ianya lebih mahal dari kos printing. 

CARA MUDAH SCAN DOKUMEN DENGAN SMARTPHONE

Sekiranya anda sukakan cara yang cepat dan lebih mudah tanpa perlu mngeluarkan modal, anda boleh men-download aplikasi ini di Playstore secara PERCUMA, dimana aplikasi ini dikenali sebagai "CamScanner".

Aplikasi yang wajib ada dalam smartphone anda..nak scan dokumen pun bila-bila masa je.

Anda hanya perlu install dan register sahaja. Selepas register, terus boleh guna. Yang menarik tentang aplikasi ini adalah, setiap gambar yang ditangkap, ianya akan auto convert kepada tona warna scanning dan ianya terus dalam format pdf.

Contoh dokumen yang di-scan dengan menggunakan Cam Scanner.

Sangat mudah bukan?

Bagi aku, sebagai seorang guru, aplikasi ini merupakan satu aplikasi wajib dalam smartphone untuk urusan seharian terutamanya melibatkan urusan sending document melalui email. Blogger, penjawat awam dan swasta, pelajar universiti memang perlu ada aplikasi ni dalam smartphone.

Bagaiman pula dengan anda?
Cara Mudah Scan Dokumen Dengan Smartphone Cara Mudah Scan Dokumen Dengan Smartphone Reviewed by Nick Nashram on 11:32:00 Rating: 5

7 comments:

  1. Kena bljr memenafaatkan penggunaan sp sepenuhnya

    ReplyDelete
  2. Mai memang guna ni masa buat thesis dulu, sangat membantu...

    ReplyDelete
  3. Perghhhh perkongsian yang bagus ni! kenapalah tak tahu pasal benda ni zaman tengah belajar dulu haih. btw saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan. nice blog! :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus, baru tahu caranya

    ReplyDelete
  5. wow...bestnye....xyah pkai mesin scan yang gedabak besau...thanks yea for the share...

    ReplyDelete
  6. Best2. Jimat duit.. terima kasih info untuk info ni

    ReplyDelete
  7. Nice. Thank you very much

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.