Rahsia Cantik Wanita Thailand


Wanita Thailand kebanyakannya mengamalkan rahsia kecantikan daripada nenek moyang mereka. Hasilnya, kulit mereka nampak putih, cantik dan berseri. Terdapat 2 bahan utama yang diamalkan oleh mereka untuk mengekalkan kecantikan wajah. Berikut adalah rahsia kecantikan mereka.


BETIK 
Buah betik yang berfungsi untuk melancarkan metabolisme ternyata juga baik untuk wajah. Wanita Thailand kebanyakannya menggunakan betik sebagai masker wajah. Patutlah ada juga keluaran sabun betik sekarang ni.

Cara melakukannya cukup mudah. Ambil sebiji betik dan kupas buah betik tersebut. Buang kulitnya dan campurkan dengan beberapa titis air limau nipis. Penyekkan buah betik dengan air perahan limau nipis sehingga sebati. Setelah campuran betik dan air limau nipis sebati, letakkan campuran tersebut pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam. 
 
 
KUNYIT
Kunyit berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang sering membuat wajah lebih cepat berkedut. Kunyit menjadi salah satu dari dua rahsia kecantikan wanita Thailand dengan menjadikan kunyit sebagai sabun cuci muka.

Cuci wajah anda dengan air biasa. Kemudian ambilah serbuk kunyit secukupnya di tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosokkan di tangan anda hingga tercampur dengan rata. Gosokkan campuran kunyit dan air tadi ke wajah anda selama lima minit, lalu bilas. Jika anda mendapati wajah menjadi berwarna kuning, maka gunakan sabun dan air untuk menghilangkan warnanya.


Post a Comment

0 Comments